Ini sebab polis Amerika sentuh lampu belakang kereta yang diarahkan berhenti, ingatkan kebiasaan!

112782

Ketika diarahkan berhenti lalu diminta menunjukkan lesen memandu dan melihat cukai jalan, ini adalah prosedur biasa yang dilakukan pihak berkuasa tempatan. 

Bagaimanapun ada satu lagi prosedur yang mungkin tidak disedari oleh pengguna iaitu pihak polis menyentuh lampu belakang mahupun but ketika menghampiri kenderaan.



Namun, rasanya prosedur itu tidak dilakukan oleh polis tempatan melainkan praktis tersebut dijalankan oleh anggota polis Amerika Syarikat. 

Menurut laporan The Sun, menyentuh lampu belakang adalah salah satu cara meninggalkan bukti sebelum adanya kamera papan pemuka (dashcam) pada kereta polis.

Sekiranya sesuatu berlaku, kesan interaksi tersebut boleh dikesan semula menerusi cap jari yang ditinggalkan. 

Ini dapat membantu polis menjejaki anggota yang hilang walaupun tanpa bukti video jenayah.

“Ketika pegawai penguatkuasa mengarahkan kereta berhenti, ada banyak prosedur yang perlu dilakukan, tidak hanya untuk keselamatan pesalah lalu lintas, tetapi juga keselamatan petugas.

“Salah satuya adalah membuktikan bahawa petugas ada interaksi dengan kereta itu, jadi ketika polis menghampiri kenderaan, mereka menyentuh bahagian belakang,” kata Steve Montiero.

TAKUTKAN PEMANDU

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here