Pelik…bagaimana Myvi ini tersangkut atas tebing tinggi dan lompat longkang besar

2816

Apa lagi kejadian pelik yang dilakukan oleh Perodua Myvi kali ini, ada saja cerita tentang kereta kompak lokal yang satu ini. 

Terbaharu, tular satu video 30 saat yang menunjukkan kereta Myvi putih tersangkut atas tebing bukit di Jalan Indah Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor Bahru.



Jadi tidak pelik kalau orang menggelarkannya sebagai ‘King of the road’, malah apa yang membuatkan orang ramai hairan, bagaimana kereta kompak itu boleh melepasi satu longkang besar. 

Menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, saksi kejadian menceritakan Myvi berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas pada bahagian tebing berkenaan. 

@tankeryrvoverboost

Baru jadi 25minit td….depan mata tgk die naik atas tu😂,sempat pegang kete die,suruh keluar dlu…takut jatuh je…mangsa selamat xde pape….

♬ original sound – tankeryrvoverboost – tankeryrvoverboost

Dia bersama-sama orang awam lain sempat memegang pintu tersebut untuk memastikan Myvi berkenaan tidak bergolek ketika mangsa keluar. Bagaimanapun mangsa dalam keadaan baik.

Berdasarkan lagi satu rakaman video, walaupun keadaan sudah gelap namun dilihat orang ramai turut berhenti di tepi jalan untuk melihat kejadian dengan lebih dekat. 

Pada masa sama, rata rata netizen meninggalkan pelbagai komen dan reaksi mengenai kejadian tersebut.

“King dah penat main atas jalan, king nak rehat kejap, korang ini orang nak rehat pun pergi kacau jugak”.

“Disebabkan benda miracle macam ni myvi tak pernah jatuh value resell”

BACA>> Myvi tukar lorong sesuka hati undang marah netizen

BACA>>Aksi Myvi pandu melulu di laluan dua hala undang marah netizen

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here