Dia juga menjelaskan Yamaha RX-Z itu merupakan orimoto yang mana 90 peratus komponen adalah NOS (New Old Stock) dan warna badan dicat semula. Menariknya tidak sampai 24 jam iklan tersebut disiarkan sudah ada pembeli yang berminat.
Walaupun menerima kecaman, Joe tidak melatah kerana mereka membantu mempromosikan iklan berkenaan. Dia mengumumkan Yamaha RX-Z itu sudah dijual kepada pembeli dari Kedah pada harga RM60,000.
“Demo kenal bare boh. Senang handle tak cerewet. Terima kasih kepada semua yang share dan juga pada komen, yang kecam tu kita rilekje kerana merekalah yang tolong kita untuk famouskan posting kita.
“Senang cari buyer, takdela sendu je tiada yang komen. Kaki kecam tu macam biasa la bila kita post jualan mereka kata siapa yang nk beli harga, bila dah jual mereka kata tu semua marketingje padahal kawan2 yg snap gmbr berlakon buyer, Joe dah lama jadi broka barang macam ni.. dah tak kesah janji dapat komisyen,” jelasnya.
Menjawab kecaman daripada pihak netizen, Joe menjelaskan hanya mereka yang bermain dalam bidang berkenaan sahaja tahu mengapa harga RX-Z cukup tinggi. Ini kerana tawaran terhad dan permintaan yang tinggi membuatkan harga jualan mencanak.
Dia juga menunjukkan resit pembayaran sebagai bukti motor tersebut sudah dibeli dan bukannya sekadar teknik pemasaran.