Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan tempoh moratarium Lesen Belajar Memandu (LDL) yang tamat tempoh lebih dua tahun bermula 13 Januari 2021 dilanjutkan sehingga 30 Jun tahun depan.
Pengumuman tersebut dapat membantu mereka yang tidak dapat mengikuti proses mendapatkan lesen dan menduduki ujian memandu akibat penutupan pengoperasian institut memandu (IM).
Selain itu, langkah berkenaan membolehkan IM mengaturkan ujian untuk semua calon dengan pihak JPJ dan dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Pada masa sama, kerajaan memahami dan prihatin dengan kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pengendali akibat pandemik Covid-19, dengan pemberian moratorium selama tiga bulan sehingga 31 Disember 2021.
Ia dapat membantu IM untuk pembaharuan permit, bagi yang tempoh sah laku permit tamat antara Januari hingga September 2021.
Pemegang SPIM dan SKIM dibenarkan untuk menjalankan operasi latihan dan pengujian dalam tempoh tersebut.
BACA>>Sekolah memandu dibenar beroperasi mulai esok secara janji temu
BACA>>Hanya sekolah memandu cukup syarat boleh beroperasi dalam Fasa Tiga PPN
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar