MOT pertimbang penggunaan sensor dan CCTV ketika ujian memandu JPJ

2890

Kementerian Pengangkutan sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan mengaplikasikan penggunaan sensor dalam ujian memandu dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dalam kenderaan.

Usaha ini bagi menambah baik proses pembelajaran dan meningkatkan tahap integriti  ujian memandu yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).



“Kalau seseorang itu mengambil ujian dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kita akan masukkan mereka dalam kenderaan tersebut yang ada CCTV.

“Sensor juga akan diletakkan dalam kenderaan yang sedang jalankan pengujian ini,” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Pihaknya amat menitikberatkan soal integriti berkenaan rasuah yang melibatkan pihak berkuasa ketika menjalankan ujian memandu, dapat diselesaikan dengan penggunaan teknologi dan sensor apabila semua maklumat dapat dikawal oleh pusat kawalan.

“Apabila di litar, semua tiang parkir akan dipasang dengan kamera dan sensor untuk melihat macam mana soal integriti yang dipersoalkan sebelum ini,” katanya. 

Namun, ia memerlukan analisis data besar, penggunaan sensor yang canggih termasuk penggunaan Internet of things (IoT) untuk merekodkan elemen pengujian yang boleh dilihat kembali.

Pada masa sama, dengan bantuan teknologi tersebut dapat diselesaikan apabila terdapat dakwaan berkaitan soal integriti.

BACA>>Tempoh LDL dan pembaharuan permit sekolah memandu dilanjutkan hingga tahun depan

BACA>>Tempoh pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan dilanjutkan hingga 31 Disember

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here