Baru-baru ini, Maserati mengumumkan tayangan perdana global untuk salah satu model SUV premium yang paling dinantikan pada 16 November ini di Milano.
Kemunculan model itu akan menjadi SUV kedua dari syarikat Itali tersebut, selepas pengenalan Maserati Levante pada 2016.
Sejak 1963, Maserati sangat dikenali dengan memilih nama angin pada model-modelnya. Ia bermula dengan model legenda Mistral serta diikuti dengan Ghibli, Bora dan Khamsin.
Kini giliran Grecale, yang memainkan peranan amat penting dalam transformasi jenama Maserati dan memfokuskan pada ciri pemanduannya dinamik. SUV tersebut akan berkongsi platform dan komponen lain dengan Alfa Romeo Stelvio.
Grecale akan ditawarkan dalam pilihan varian petrol, hibrid, serta elektrik sepenuhnya dan disahkan akan merangkumi prestasi terunggul Grecale Trofeo yang ditawarkan bersama GT, dan Modena.
Bagaimanapun, maklumat mengenai enjin tidak didedahkan namun berkemungkinan ia akan ditawarkan dengan motor empat silinder dan enam silinder bersama teknologi hibrid ringan kerana Maserati tidak lagi menggunakan enjin V8 Ferrari.
Pada masa sama, diharapkan varian elektrik lebih berkuasa dan menampilkan bunyi khas seperti semua kenderaan elektrik (EV) Maserati masa depan.
Selain itu, secara pratikal SUV tersebut akan menggabungkan kabin premium dengan penampilan menarik dan sporty.
Bakal bersaing dengan Porsche Macan dan Jaguar E-Pace, pengeluaran Maserati Grecale dijangka akan bermula di kilang Cassino selepas pelancaran rasmi.
BACA>>Maserati dianugerahkan sebagai Product Design of the Year 2021
BACA>>Dah besar anak David Beckham, siap bawa Maserati Levante lagi
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar