Anak muda ini dahulu melalui waktu sukar untuk mengusahakan perniagaan nya yang kini semakin kukuh dan stabil ibarat kata pepatah ‘bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian’.
Muhammad As Syaffat Zura, 25 yang mengusahakan perniagaan telefon bimbit awalnya hanya menunggang sebuah kapcai sebelum mendapat idea untuk menyewa kereta bagi menghantar barangan pelanggan.
Dia yang aktif di laman sosial TikTok juga memiliki pengikut yang ramai bahkan siapa sangka jerih payah sebelum ini menampakan hasil apabila mampu membeli kereta sport Ford Mustang.
“Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan, sewa kereta adalah alternatif untuk yakinkan mereka,” katanya.
Dia terpaksa menyewa kereta sebagai strategi pemasaran untuk meyakinkan pelanggan, dan pernah menghabiskan RM10,000 dengan menyewa pelbagai jenis kereta tempatan dan luar negara.
Namun dia tidak memilih kereta mewah sebaliknya apa juga model yang dirasakan selesa dan menarik, kerana tujuan menyewa kereta adalah untuk memudahkan urusan perniagaan.
“Saya pernah diperlekehkan sebelum ini, malah digelar sebagai budak TikTok yang tiada masa depan untuk berjaya. Kini, saya buktikan saya juga mampu memperoleh apa yang diinginkan hasil titik peluh sendiri.
“Bagi saya, terpulang bagaimana seseorang itu memasarkan diri atau perniagaan mereka termasuk jika mahu menyewa kereta, sekalipun kerana ia sebenarnya beri motivasi untuk kita berusaha keras.
“Bagaimanapun, jangan sampai menipu dengan mendakwa kereta sewa itu kepunyaan kita kerana lambat laun, orang akan tahu,” katanya.
Bagaimanapun, kini Syaffat boleh menarik nafas lega kerana sudah memiliki kereta sendiri malah kereta yg dibeli beliau adalah kereta idaman setiap orang.
BACA>>Selagi mak masih hidup, lelaki ini penuhi impian ibu untuk beli kereta idaman
BACA>>Tak jadi beli kereta idaman Mustang demi hadiahkan Toyota Vellfire buat mak ayah
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar