Seakan musim pula apabila ramai yang berkongsi video kejadian kenderaan mengelak daripada membayar tol.
Terbaharu, tular sebuah video rakaman papan kemuka (dashcam) menunjukkan pemandu Honda HR-V mengekori rapat kenderaan yang dipandu seorang wanita, kerana tidak mahu membayar tol.
Namun, taktik pemandu HR-V tersebut berjaya apabila dia berjaya celus walaupun palang tersebut sudah mula turun.
Menerusi perkongsian video di Twitter, dapat dilihat HR-V tersebut hampir-hampir sahaja ‘mencium’ belakang kereta wanita terbabit.
Please help me RT !!! Kereta belakang cucuk dekat Plaza Tol Semenyih, a successful attempt pulak tu 😡😤 pagi pagi dah buat kerja tak senonoh. To anyone yang tahu kat mana boleh report the owner of this car, please help ! Just happened this morning 😡😡😡😡 pic.twitter.com/PNY6pP11Zz
— Shaaaaaaa 🏴🏴🏴🏴🏴 (@shahidatul4297) September 26, 2021
Rata-rata netizen mengecam tindakan pemandu itu, yang bukan sahaja melanggar undang-undang malah boleh menyebabkan perlanggaran.
“Gara-gara setitik H, rosak H sebelanga hahahahahahaha buat malu je!!! hahahaha.”
“Kena ketuk dgn palang pun okay, janji tak kena bayar tol. Pakai ja keta mahal tapi kedekut & BODOH.”
Bagaimanapun, wanita tersebut membuat aduan di Pejabat Tol Kajang Selatan dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana membantu memberi maklumat supaya tindakan di ambil ke atas pemilik HR-V tersebut.
Update 27/09/2021 : Aduan sudah di buat di Pejabat Tol Kajang Selatan. Harap ada tindakan di ambil ke atas driver BMU1124. Terima kasih to all yg beri info untuk bantu saya!
— Shaaaaaaa 🏴🏴🏴🏴🏴 (@shahidatul4297) September 27, 2021
BACA>>Elak bayar tol, Lamborghini Aventador menyusup bawah palang?
BACA>>Toyota Altis dan Perodua Bezza tak nak beralah masuk lorong tol, ulasan abang lori bikin ketawa
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar