Toyota Alphard potong di garisan berkembar, bos dah lambat ke airport!

1773

Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kesalahan trafik melibatkan MPV Toyota Alphard yang dipercayai milik orang kenamaan (VIP). 

Video berdurasi 38 saat itu tular di media sosial yang menunjukkan MPV berwarna hitam tersebut memotong kenderaan di depannya di garisan berkembar secara merbahaya.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Suhaimi Jusoh berkata seorang pengguna Facebook memuat naik video dengan tajuk ‘P45.. Macam pernah tengok.. Nak terkencing barangkali, sampai Double Line pun potong..’.

“Berdasarkan video itu didapati pemandu bertindak memotong beberapa kenderaan lain di garisan berkembar secara merbahaya yang mana terdapat kenderaan yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Terbaharu laporan Malaysia Kini, menurut sumber MPV tersebut dipandu oleh pemandu lelaki berusia 31 tahun yang berkejar ke lapangan terbang. 

Pemandu tersebut memotong kenderaan di depannya dengan menyalakan lampu isyarat kecemasan dan memastikan keadaan selamat sebelum memotong di atas garisan berkembar tersebut.

“Semasa kejadian dia seorang diri memandu dari rumahnya hendak menghala ke rumah majikan untuk dihantar ke lapangan terbang.

“Pemandu itu bertindak memotong di garisan berkembar kerana ingin sampai cepat di rumah majikannya kerana penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 17.50 petang,” kata sumber. 

Kejadian berlaku di Jalan Bukit Marak-Binjai berdekatan jambatan sebelum lampu isyarat Chabang 3, Gong Dermin, baru-baru ini.

Tonton video klik sini.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here