Sistem pemanduan autopilot yang mengambil alih stereng sebenarnya masih memerlukan khidmat manusia apabila dalam situasi kecemasan tidak seperti pemanduan autonomi.
Namun, menurut beberapa kajian oleh Teknologi Kenderaan Termaju MIT dan Institut Teknologi Massachusetts, menunjukkan fungsi pemanduan autonomi mengakibatkan tumpuan pemandu semakin berkurangan.
Hasil kajian agak membimbangkan kerana tingkah laku visual dalam kalangan pemandu berubah sebelum dan selepas fungsi autopilot diaktifkan malah melakukan banyak kesalahan dan melanggar undang-undang ketika memandu.
Menerusi analisa berdasarkan data daripada 290 pemandu, kajian mendapati pemandu kurang menumpukan perhatian dan kurang peka di atas jalan raya apabila mod autopilot diaktifkan.
“Perubahan tingkah laku ini terjadi disebabkan oleh salah faham pemandu tentang apa yang dapat dilakukan oleh sistem serta batasnya,” jelas penulis.
Namun, ada segelinitir pemilik Tesla yang seakan mengambil mudah tentang perkara ini, dengan menyalahgunakan sistem yang disediakan seperti bermain telefon pintar, malah tidur di tempat pemandu.
Justeru itu, Tesla memutuskan untuk mengaktifkan kamera yang dipasangkan pada Model Y dan Model 3 untuk memantau pemandu semasa sistem autopilot diaktifkan.
Tesla juga beberapa kali mengingatkan pengguna supaya sentiasa berwaspada dan fokus ketika berada di jalan raya.
Autopilot masih lagi belum mencapai sistem pemanduan autonomi Tahap 5, pemandu masih perlu menumpukan perhatian pada jalan raya bagi mengelakkan tragedi berlaku seperti beberapa insiden yang berlaku akibat autopilot.
BACA>>Ambil mudah terhadap mod Autopilot, pemandu ini pura-pura tidur dalam Tesla Model 3
BACA>>Kemalangan Tesla Autopilot: Pemandu dikatakan sedang main permainan video
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar