China masih ketinggalan di belakang Amerika Syarikat (AS) dari segi teknologi dan pelaburan terhadap peralatan perang, namun dilihat China sedang merapatkan jurang.
Laporan perisikan AS menunjukkan pengaruh China semakin meningkat sebagai antara satu ancaman terbesar negara tersebut.
Baru-baru ini, China mempamerkan teknologi dan peralatan ketenteraan udaranya di pameran udara terbesar negara itu, di bandar pesisir selatan Zhuhai.
Teknologi domestik canggih yang dihasilkan antaranya prototaip dron pengawasan baharu, CH-6, yang mana dron itu mempunyai jarak sayap 20.5 meter dan panjang 15.8 meter yang mampu membawa peluru berpandu untuk operasi pengawasan dan serangan.
Selain itu, turut dipamerkan buat kali pertama dron WZ-7 dengan altitut tinggi untuk pengintipan sempadan dan jet pejuang J-16D yang dapat menyekat peralatan elektronik musuh bagi mengawasi wilayah pertikaian dari Taiwan ke Laut China Selatan dan pesaingnya AS.
“Kedua-duanya telah berada dalam perkhidmatan angkatan udara.
“Mereka akan memainkan peranan besar di Selat Taiwan dan Laut China Selatan,” kata pengulas tentera, Song Zhongping
China juga meletakkan dirinya sebagai pembekal alternatif kepada dron canggih tersebut dengan kemampuan relatif. Sementara AS dan negara-negara Eropah dilihat ragu-ragu untuk membekalkan peralatan berkenaan di luar kumpulan rakan kongsi terpilih.
BACA>>China bakal bina kapal angkasa gergasi sepanjang 1,600 meter
BACA>>China bina lebuh raya super pertama dunia, boleh cas kereta elektrik sambil pandu
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar