Modenas perkenal warna dan grafik baharu Pulsar NS200, harga RM9k

1770

Modenas memperkenalkan pilihan warna dan grafik baharu model Pulsar NS200 pada harga cadangan RM 9,655 (tanpa insuran dan cukai jalan).

Naked bike itu ditawarkan dengan tiga warna baharu iaitu biru, merah dan kelabu dengan penampilan grafik terkini pada sisi tangki minyak. 

Pulsar NS200 pertama kali dilancarkan pada Mei 2017 dan sudah terjual lebih daripada 8,000 unit. Ia didatangkan dengan enjin 199.5cc SOHC DTS-i yang mampu menjana kuasa 24.5hp @ 9.750rpm dan tork 18.6Nm @ 8,000rpm. 



Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan. Kecekapan membrek dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Modenas Pulsar NS200 terus memberikan kepuasan tunggangan terbaik kepada penggunanya menerusi suspensi teleskopik 37mm (depan) dan monoshock Nitrox dengan kanister (belakang). 

Model tersebut akan mula berada di pusat jualan bermula Oktober depan. 

GALERI
 
 
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here