Honda Malaysia tawar dua kempen tingkatkan ketenangan pemilikan pelanggan baharu

1388

Honda Malaysia mengumumkan dua kempen menarik buat pelanggan menerusi Program Perlindungan Pinjaman Kenderaan Pelanggan dan Program Vaksin Pelanggan apabila membeli kereta baharu.

Program Perlindungan Pinjaman Kereta Pelanggan



Pelanggan yang mendaftar kereta baharu dalam tempoh 1 Oktober hingga 31 Disember (2021) layak menerima perlindungan pinjaman sewa beli kenderaan selama setahun.

Sekiranya pelanggan kehilangan pekerjaan pada tempoh setahun pemilikan, subsidi pinjaman RM12,000 akan diberikan untuk membantu pelanggan membayar ansuran bulanan. 

Faedah lain termasuklah kematian atau perlindungan hilang upaya kekal bernilai RM20,000 yang juga meningkat 100 peratus berbanding perlindungan insurans sebelumnya.

Bagi urusan pengebumian atau pembakaran mayat akan diberikan pampasan bernilai RM2,000 dan perbelanjaan urusan jenazah dan pengangkutan pula bernilai RM5,000.

Dengan jumlah perlindungan bernilai RM39,000, program ini akan menawarkan faedah tambahan selain perlindungan insurans kereta standard yang bertujuan memberikan jaminan dan ketenangan fikiran kepada pelanggan pada waktu sukar dan ketidaktentuan ekonomi. 

Program Vaksin Pelanggan

Semua pelanggan baharu Honda layak menerima baucar servis bernilai RM250 dengan tempoh sah selama setahun sekiranya mendaftar di bawah program vaksinasi kebangsaan atau menerima temujanji pengesahan vaksin mahupun sudah menerima vaksin separa atau lengkap.  

Pelanggan hanya perlu melengkapkan pendaftaran kereta baharu dalam tempoh kempen diadakan dari 1 Oktober hingga 31 Disember. Selain itu, pelanggan perlu menunjukkan bukti menyertai program vaksin menerusi aplikasi telefon MySejahtera.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here