Pesara guru pakar baiki kereta antik termasuk VW

2048

Seorang pesara guru, Mat Saleh Jupri mula berkecimpung dalam bidang automotif sejak 1983 dan mahir membaiki kenderaan antik yang berusia lebih 40 tahun terutama model Volkswagen.

Lebih dikenali sebagai Wak Leh, dia memulakan karier sebagai tenaga pengajar automotif di sebuah sekolah di Tawau, Sabah. Selepas bersara dia yang berusia 61 tahun membaik pulih kereta klasik sepenuh masa.  



Penjagaan kereta antik agak rumit kerana sukar mendapatkan alat ganti terutamanya yang sudah dihentikan pengeluaran. Dia terpaksa membuat tempahan di luar negara seperti Thailand, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Selain itu, kerja-kerja baik pulih kereta klasik memerlukan ketelitian bagi mengekalkan nilai estetika. 

Dia yang meminati kereta Volkswagen, sangat dikenali dalam kalangan peminat kereta lama dan turut memiliki Volkswagen Beetle 1302, Super Beetle 1303 dan Beetle Super Frame 1300.

“Kereta pertama saya miliki adalah Beetle 1002 yang dibeli dengan harga RM500. Ketika itu saya baru bergelar guru dan gaji pun masih kecil.

“Dari situ minat saya mula berkembang kepada kereta klasik. Selepas bersara beberapa tahun lalu.

“Saya melakukan kerja baik pulih ini bagi mengisi masa lapang selain dapat memenuhi minat serta mendapat kepuasan,” kata Wak Leh.

Beliau cukup berpuas hati kerana sering mendapat tawaran daripada peminat tegar kereta antik dan kerja baik pulih dilakukan sendiri di rumahnya.

Selain itu, dia sering ditawarkan harga lumayan untuk membeli Volkswagen miliknya namun tidak berniat untuk menjualnya. 

BACA>>Kereta lama lebih keras, betul ke? Apa jadi bila kereta lama langgar kereta baru?

BACA>>Jurutera 23 tahun ini berjaya ‘convert’ Volkswagen Beetle 1948 jadi EV

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here