Baru-baru ini, tular dua foto tangkap layar yang memaparkan jualan pelekat ‘P’ JPJ yang menjadi buruan pembeli di laman E-dagang China, Taobao.
Foto tersebut dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook bernama Takeshi Kaneshiro yang menunjukkan jualan pelekat P tersebut berharga AS$4.49 (RM18.76) sekeping.
“Pelekat P kita (Malaysia) kini dijual di Taobao, China,” tulis nya.
Dikatakan pelekat P itu kini mula menjadi buruan peminat yang mungkin menyangka ia sama seperti pelekat hijau kuning yang sering dilihat pada kereta-kereta JDM.
Sama seperti pelekat P, pelekat hijau kuning yang digelar perkataan wakaba atau shoshinsha yang bermaksud pemandu masih dalam tempoh percubaan.
Rata-rata netizen terhibur dengan perkara ini dan tidak menyangka pelekat tersebut laku keras di laman e-dagang terbabit. Kebiasaanya, kalau di Malaysia ramai cuba mengelak untuk mempamerkan pelekat ini, sebaliknya sibuk dicari oleh orang luar negara.
“Sama sahaja dengan kita di Malaysia, ramai gunakan pelekat JDM pada kereta mereka.
“Mungkin rakyat China keliru, ingatkan sama dengan pelekat JDM, rupanya ini versi Malaysia.
BACA>>Jual beli kereta online, nilai syarikat Carsome melonjak naik RM5.3 Bilion
BACA>>#Tips: Cara mudah tanggal road tax tanpa tinggal kesan pada cermin
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar