Papua New Guinea (PNG) merupakan salah satu negara termiskin dalam keanggotaan APEC yang mana 40 peratus rakyatnya berpendapatan kurang AS1 (RM4.18) sehari.
Pada tahun 2018, pihak kerajaan membeli 40 unit Maserati Quattroporte bernilai AS5.7 juta (RM23.8 juta) yang diimport khas untuk membawa pemimpin kanan kerajaan persidangan APEC (2018).
Selepas selesainya persidangan, Maserati Quattroporte yang berharga sekitar AS142,000 (RM593,500) itu kini dijual pada potongan harga yang banyak.
“Kalau kami tahu, kami tidak akan beli Maserati ini. Kami buat satu kesilapan besar,” kata Menteri Kewangan Sir John Pundari.
Maserati berkenaan dikatakan dibeli dari sebuah pengedar di Sri Lanka dan diterbangkan ke PNG menggunakan sebuah jet Jumbo. Selain Maserati, tiga unit Bentley Flying Spurs turut dibeli.
Namun, memandangkan tiada pengedar Maserati di PNG, jualan kepada orang awam dilihat sukar. Kesemua 40 unit Maserati berkenaan masih disimpan dengan baik, malah selepas tiga tahun hanya dua unit berjaya dijual.
Bagi menarik minat pembeli, kereta mewah itu kini hanya dijual pada harga AS114,000 (RM476,500) seunit.
BACA>>Maserati dedah teaser SUV kedua, bakal lancar 16 November depan
BACA>>Maserati terima anugerah Product Design of the Year (2021)
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar