JPJ Kelantan lelong 100 buah kenderaan 2.0 serendah RM50 bermula 10 Oktober ini

3905

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan mengadakan acara lelongan umum membabitkan 100 buah kenderaan termasuk 13 buah motosikal pada harga serendah RM50 sehingga RM19,800.

Tawaran tersebut dibuka kepada syarikat atau persendirian yang berminat membeli kenderaan lucut hak bermula 10 hingga 18 Oktober ini.

Pihak JPJ Kelantan membuka tarikh lawatan pada hari bekerja sahaja pada 5 Oktober sehingga 14 Oktober bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari dengan pematuhan prosedur operasi standard yang ditetapkan. 



Antara kenderaan yang bakal dilelong ialah Toyota Wish, Honda Odyssey, Honda Jazz, Protan Saga, Mercedes-Benz C200, Subaru Impreza, Audi A6, Modenas Kriss, Proton Perdana, Honda C70 dan Yamaha Lagenda.

Nilai deposit sebut harga adalah lima peratus daripada harga tawaran dalam bentuk bank draf dan kiriman wang  atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia. Borang sebut harga boleh dimuat turun menerusi Facebook JPJ Kelantan.

Hantaran yang dimuatnaik pada akaun Facebook JPJ Kelantan juga menjelaskan semua lot yang dijual dalam keadaan ‘seadanya’ dan pelanggan perlu melihat dahulu kenderaan sebelum melakukan sebut harga.

Pihak JPJ Kelantan turut menyertakan pautan gambar dan senarai kenderaan sita yang bakal dilelong dan lokasi kenderaan diparkir. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here