Pusat jualan buka tempahan Honda Winner X, bakal lancar tidak lama lagi?

3537

Pelancaran Honda Winner X (RS150R) di Vietnam pada 2019 membuatkan peminat roda dua tempatan tertunggu-tunggu kehadiran super moped berkenaan.

Sayangnya tahun lalu Boon Siew Honda (BSH) hanya membawa masuk Honda RS150R  facelift  aka V2 hingga membuatkan pengikut model tersebut naik angin dan marah.



Jika mengikut garis masa pengenalan model baharu di peringkat antarabangsa mahupun negara jiran, pasaran tempatan perlu menunggu kira-kira setahun untuk menerima model berkenaan.

Sehingga kini status kehadiran Winner X ke pasaran Malaysia masih belum diketahui. Namun, terkini ada pusat jualan sudah membuka tempahan model berkenaan dan ini memberi petunjuk bahawa BSH akan melancarkan super moped berkenaan. 

Ini kerana wakil jualan sah akan mengetahui dahulu model akan datang ke pasaran tempatan. Menurut status akaun Facebook Honda Impian X – Chai Ken Motorcycles Puchong, mereka kini membuka tempahan model Honda Winner X.

Bagi menjadi pembeli terawal pelanggan diminta menghubungi kakitangan wakil jualan dan bakal menerima hadiah eksklusif.

Winner X dijana enjin lama, silinder tunggal 149cc DOHC dengan teknologi PGM-FI yang menghasilkan kuasa 15.4hp @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm bersama transmisi 6-kelajuan.

Dari segi dimensi tidak banyak berbeza dengan model terdahulu, cuma tinggi pelana meningkat 15mm. Sebelum ini, sumber BSH ada menyatakan sekiranya Winner X dilancarkan harga jualan tidak jauh berbeza dengan RS150R sedia ada.

Untuk maklumat, Winner X Vietnam didatangkan dengan tiga pilihan varian yang mana model standard dijual pada harga RM8,098. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here