BMW M3 Competition bukan prop filem, bakal jadi kereta Cawangan Pegawai Pengiring PDRM

2461

Semalam kecoh di media sosial yang memaparkan model BMW M3 Competition dengan seragam pelekat Polis High Performance.

Ramai yang menimbulkan spekulasi dan menyatakan beberapa unit kenderaan yang dilihat itu sebenarnya untuk penggambaran filem dan bukan kegunaan polis. 



Bagaimanapun tidak logik sekiranya untuk kegunaan penggambaran kenapa perlu diiringi keluar dari kedai aksesori tersebut.

Terbaharu, menurut akaun Facebook Friends Of PDRM kereta yang tular termasuk BMW X3 dan Volkswagen Tiguan tersebut merupakan unit kenderaan Cawangan Pengawal Pengiring (CPP) IPK Selangor (High Perfomance Defence). 

Jika dilihat latar belakang imej yang dikongsi Facebook tersebut tertulis cadangan uji nilai kenderaan sebagai Proof of Concept (POF), bagi kenderaan SUV 4X4 high performance dan kenderaan sedan high performance untuk Cawangan Pegawai Pengiring (CPP), Jabatan KDNKA, Polis Diraja Malaysia.

BACA>>PDRM bakal terima 16 dron berkuasa tinggi bagi tingkatkan tahap keselamatan sempadan

BACA>>PDRM terima 2,000 unit kamera badan bermula Jun ini

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here