Tiada SJR periksa status vaksinasi rakyat apabila rentas negeri dibenarkan

1370

Kerajaan tidak akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) bagi pemeriksaan status vaksinasi selepas kebenaran rentas negeri diluluskan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memang ada mengkaji cadangan wajib melaksanakan ujian kendiri buat mereka yang tidak ingin divaksinasi jika ingin merentas negeri.



“Tidak ada cara untuk menguatkuasakan cadangan itu kerana SJR tidak akan dilaksanakan selepas rentas negeri dibenarkan.

“Takkan la kita kena buat SJR dan periksa setiap orang yang merentas negeri di mana jika masih belum divaksin perlu buat ujian di situ (lokasi SJR),” katanya.

Jelasnya, keadaan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat kerana menyebabkan kesesakan lalu lintas di SJR dan mustahil untuk melakukan pemeriksaaan di semua jalan masuk seluruh negara.

Bagaimanapun, kerajaan akan terus menggunakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada misalnya tidak membenarkan mereka yang belum divaksin makan di restoran. 

Beliau berkata, walaupun kerajaan tidak boleh mengawal mereka yang belum divaksin merentas negeri tetapi jika mereka pulang ke kampung dan cuba ‘dine in’ di kedai makan tetap tidak akan mendapat kebebasan itu.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here