Suami layankan isteri mengidam bau tar jalan

1394

Mengidam adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang ingin dirasai namun bukan saja makanan bahkan ada yang teringin sesuatu di luar jangkaan misalnya wanita ini.  



Kisah ibu mengandung ini tular apabila suami berkongsi keinginan isterinya yang pelik mengidam bau cat dan jalan tar menerusi akaun Tiktok @nazirrkatimon.

“Bini aku mengandung sibuk nak bau tar, takpun bau cat..aku nampak orang buat tar aku pergi dekat tempat orang tu bawa bini aku..tengokla ni..sukala tu dapat bau tar.

“Bini aku ni mengidam yang bukan-bukan, selamat ada orang tar jalan, ini kalau mintak bukan-bukan ni aku yang pening nak cari,” katanya.

Jelasnya, secara kebetulan kerja menurap semula jalan dilakukan berhampiran di kawasan tempat tinggal mereka.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat wajah gembira isteri yang dapat menghidu bau tar meskipun sekadar dari dalam kereta sahaja. 

Perkongsian tersebut mendapat perhatian khususnya para wanita, malah ada juga yang berkongsi pengalaman mengidam benda-benda aneh daripada kebiasaan selain daripada makanan.

VIDEO
@nazirrkatimon

Apa perkara paling pelik waktu korang atau pasangan korang mengandung ?

♬ original sound – AbangKurier – AbangKurier

BACA>>Ibu mengandung 19 tahun nak supercar Lamborghini, akhirnya suami tunaikan janji

BACA>>Sempoi pakai selipar, suami pemalu hadiah Mazda 3 buat isteri sempena ulang tahun

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here