Polis: BMW M3 Competition belum beli lagi hanya pandu uji

1386

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila tular imej BMW M3 Competition termasuk BMW X3 dan Volkswagen Tiguan dipakai dengan seragam pelekat Polis High Performance.

Model itu digunakan untuk cadangan uji nilai kenderaan sebagai Proof of Concept (POC), bagi kenderaan SUV 4X4 prestasi tinggi dan kenderaan sedan prestasi tinggi untuk Cawangan Pegawai Pengiring (CPP), Jabatan KDNKA, Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Menjawab persoalan, pihak PDRM mengeluarkan kenyataan yang  mengesahkan kenderaan tersebut masih di peringkat pandu uji atau pembuktian konsep (POC) selama dua minggu tanpa sebarang perjanjian atau urusan pembelian.

“Kenderaan yang diterima sebagai kenderaan pasukan polis itu adalah hanya untuk uji cuba atau POC yang belum dimuktamadkan.

“Tujuannya adalah untuk kita mendapat maklum balas sama ada kegunaan kenderaan ini sesuai atau tidak bagi sebarang penugasan dalam PDRM,” kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali.

Dalam tempoh pandu uji selama dua minggu, kenderaan kenderaan tersebut akan digunakan oleh Jabatan KDNKA, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta Cawangan Pengiring PDRM.

PDRM juga yang sedia maklum akan kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini, namun tawaran yang diberikan oleh syarikat berkenaan hanyalah untuk pandu uji sahaja.

BACA>>BMW M3 Competition bukan prop filem, bakal jadi kereta Cawangan Pegawai Pengiring PDRM

BACA>>PDRM bakal terima 16 dron berkuasa tinggi bagi tingkatkan tahap keselamatan sempadan

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here