Utama Berita Automotif Rentas Negeri: Tak lengkap vaksin, sekeluarga diarah patah balik cuba nasib masuk...

Rentas Negeri: Tak lengkap vaksin, sekeluarga diarah patah balik cuba nasib masuk Kelantan

1515
Seorang individu diarah berpatah balik pada hari pertama pembukaan sempadan negeri apabila cuba memasuki Kelantan tanpa vaksinasi lengkap. 
 
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata individu yang turut membawa ahli keluarga itu diarahkan pulang di sekatan jalan raya (SJR) sempadan Terengganu-Kelantan, Bukit Yong selepas polis mendapati dirinya tidak lengkap dos vaksinasi.
 

“Di SJR Bukit Yong kami mengesan mereka tidak lengkap dua dos vaksin. Satu dos sudah cuba nak balik (masuk ke Kelantan) dan kita arahkan supaya berpatah balik.

“Kita juga tubuhkan 154 pasukan pemantau di seluruh Kelantan bagi memantau pusat rekreasi restoran dan awam lain. Harapan saya kepada orang ramai adalah supaya patuh pada ketetapan yang dibuat kerajaan,” katanya.

Shafien Mamat  juga menjelaskan berlaku peningkatan masuk kenderaan dari luar Kelantan menjelang petang semalam sehingga mencapai 20 peratus. Aliran pengguna jalan raya tersebut membabitkan laluan masuk di Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh.



Sejumlah 540 anggota polis Kelantan ditugaskan untuk menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan, yang turut melibatkan anggota yang memakai pakaian biasa di samping
Kumpulan Pemantau Polis Kelantan bagi menghadapi kebanjiran kepulangan golongan perantau Kelantan.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here