Trak pikap JMC Vigus Pro rasmi lancar di Malaysia, harga RM98k

2567

Angka Tan Motor Sdn Bhd (ATM) rasmi memperkenalkan pesaing baharu trak pikap ke pasaran tempatan menerusi JMC Vigus Pro serba baharu yang lebih versatil dan mampu milik.

Hanya ditawarkan dalam satu varian, JMC Vigus Pro dijual pada harga RM98,888 (tidak termasuk insurans).

ENJIN



Vigus Pro menggunakan enjin 2.0 liter turbo diesel Puma, sistem pancitan bahan api common-rail tekanan tinggi Bosch yang menghasilkan kuasa 139hp @ 3,600rpm dan tork 340Nm @ 1,500rpm-2,600rpm.

Kemudian penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi ZF 8-kelajuan automatik yang terkenal dengan kecekapan dan prestasi lancar.

Kotak gear tersebut boleh dioperasi menerusi pemilih gear elektronik dengan fungsi mod manual. Di atas kertas model tersebut mampu memberikan kecekapan bahan api 7.8L/100km (ujian UNECE R101).

Sekali gus menjadikan Vigus Pro salah satu trak pikap 1 tan paling jimat di pasaran tempatan. 

PENAMPILAN

Imej depan JMC Vigus Pro diserlahkan dengan penggayaan acah terkaman harimau menerusi gril heksagon besar kemasan krom dan lampu utama lebih slim bersama lampu nyala siang (DRL) LED bentuk-C.

Rekaan agresif  bahagian sisi disempurnakan menerusi fender besar dengan warna badan.
Manakala garis badan yang menonjol dapat dilihat dari pintu depan ke lampu belakang 3D.

Vigus Pro dipasang dengan sports bar bersama lampu brek ketiga, pemijak sisi, cermin sisi boleh lipat secara automatik dan lampu isyarat membelok serta rim aloi dua tona 16-inci.

Pemasangan pemijak kaki disepadukan dengan bampar belakang untuk memudahkan akses ke ruang kargo.

KABIN

Ruangan dalaman model pemasangan tempatan (CKD) di kemudahan Serendah, Rawang itu lebih kemas dan ringkas.

Antara ciri peralatan yang ditawarkan:

  • Skrin sentuh warna 8-inci di tengah papan pemuka dengan ketersambungan bluetooth, pemain video MP5 dan kamera undur
  • Stereng multi-fungsi bersama butang kawalan sistem infotainmen
  • Kawalan jelajah
  • Panggilan suara menerusi sambungan bluetooth
  • Pedal shifter
  • Penukar gear elektronik yang pertama dalam kelasnya. Jika dibandingkan dengan tuil gear automatik tradisional, penukar gear elektronik kelihatan lebih kompak dan kemas pada konsol tengah
  • Ciri standard lain termasuk cermin sisi kuasa boleh lipat dengan ciri pemanas dan tingkap yang boleh dioperasi dari jauh

CIRI KESELAMATAN

Vigus Pro dibina menggunakan kerangka jenis ladder yang mampu menampung beban sehingga 850kg. Struktur yang tegar itu turut direka untuk menyerap impak jika berlaku kemalangan.

Pemanduan lasak di jalan off road dan mengangkut bebanan disokong oleh suspensi depan double-wishbone bebas sepenuhnya dengan bar penstabil.

Manakala gandar belakang menggunakan gegelung jenis dedaun serta kunci limited-slip differential Eaton yang boleh menyalurkan kuasa tork ke roda untuk memberikan cengkaman ketika roda mula tergelincir.

Prestasi off-road Vigus Pro disumbang oleh sistem 4WD yang dibangunkan oleh BorgWarner. Pemandu boleh menukar antara mod 2WD, 4WD dan low-range 4WD
menerusi dial rotari.

Tawaran Hill Descent Control membantu operasi brek kenderaan secara utomatik apabila menuruni laluan curam (sehingga 8kmj).

Selain itu, trak pikap tersebut didatangkan dengan bantuan Bantuan Penghidup Bukit, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dengan Agihan Tekanan Brek Elektronik dan Program Kestabilan Elektronik dan Kawalan Traksi serta sensor kelajuan kunci pintu. 

WARANTI

JMC Vigus Pro didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu coklat, putih, perak dan hitam dengan  jaminan selama tiga tahun atau 100,000km (mana tiba dahulu).

GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here