Rentas Negeri: Cuti panjang hujung minggu ini, dijangka 4 juta kenderaan guna lebuh raya

1187

Jumlah trafik dijangka meningkat kepada em­pat juta kenderaan sehari terutamanya pada cuti hujung ming­gu ini dan cuti umum Mau­lidul Rasul selepas pengumuman kebenaran merentas negeri baru-baru ini.

Jumlah itu meningkat lebih setengah juta berbanding 3.5 juta kenderaan sehari pada masa kini khususnya melibatkan Lebuhraya PLUS, Lebuhraya KLK, Lebuhraya LPT dan Lebuhraya Kajang-Seremban.



Syarikat Konsesi lebuh raya (PLUS) menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan PLUS bakal meningkat kepada 1.3 juta kenderaan. Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka meningkat kepada 160,000 kenderaan sehari.

Manakala Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pula peningkatan kepada 45,000 sehari. Syarikat konsesi lebuh raya juga diarahkan menjadualkan semula pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengelakkan penutupan lorong.

Syarikat pengendali le­buh raya juga melakukan persiapan bagi memastikan semua kawasan rehat & rawat (R&R) dan hentian sebelah sepanjang lebuh raya berada dalam keadaan baik dan teratur serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Ne­gara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan penularan  Covid-19. 

“Persediaan rapi juga perlu dilakukan di plaza tol bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan semasa melakukan transaksi di situ.

“Pengguna lebuh raya perlu memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan selain baki kad Touch‘n Go mencukupi serta rekod pergerakan menerusi aplikasi MySejahtera terutamanya di R&R atau hentian sebelah,” kata Ketua Pengarah LLM , Datuk Mohd Shuhaimi Hassan. 

Pengguna diminta membuat perancangan dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan dan mematuhi semua SOP terutama pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial, mengelakkan tempat sesak terutama ketika menggunakan kawasan R&R.

BACA>>Rentas Negeri: Tak lengkap vaksin, sekeluarga diarah patah balik cuba nasib masuk Kelantan

BACA>>Nekad tunggang motor 420km ke Kelantan, niat pulang terus selepas setahun hilang pekerjaan

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here