Kereta antik model Mercedes Benz-W123E tiba-tiba terbakar ketika sedang dibaiki menyebabkan seorang mekanik nyaris rentung di sebuah bengkel di Kampung Bunut Payong.
Difahamkan kereta tersebut baru dibeli dua bulan lalu pada harga RM5,000, malah ada yang menawarkan harga RM10,000 namun pemilik tidak mahu menjualnya.
“Saya tidak menyangka ia terbakar pula hari ini,” kata Zulkifli Mohd Nor.
BACA>>Pesara guru pakar baiki kereta antik termasuk VW
Ketika kejadian, dia sedang melakukan kerja-kerja kimpalan lantai sebelum isterinya menjerit dan memaklumkan bahawa terdapat kepulan asap dari bahagian luar kereta.
Dia meluru keluar namun disebabkan api sudah marak membakar bahagian depan dan belakang, mekanika berkenaan menolak kereta itu ke tengah jalan bagi mengelak kebakaran dalam bengkel.
Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, dia bersyukur apabila sempat menyelamatkan diri meskipun mengalami kerugian.
Bagaimanapun, kebakaran tersebut berjaya dikawal pihak bomba dalam tempoh 20 minit dan kerja-kerja memadam api tamat sepenuhnya kira-kira jam 1.10 petang.
Mercedes W123 adalah kereta buatan Jerman yang ditamatkan produksi pada 1985, sebelum digantikan Mercedes-Benz W124 yang merupakan generasi pertama yang menggunakan nama E-Class secara rasmi.
BACA>>Puluhan alat ganti motosikal berusia 100 tahun ditemui di kedai antik dan perabot
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar