Kapal kontena terbesar dunia Ever Ace singgah PTP, lokasi pertama Asia Tenggara

4289

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor Bahru menjadi lokasi persinggahan pertama di Asia Tenggara bagi kapal pengangkut kontena terbesar dunia, Ever Ace milik Evergreen Marine Corporation.

Pelayaran sulung di rantau Asia Tenggara itu berlabuh di PTP pada jam 12 tengah hari Isnin lalu. Kapal mega pengangkut kontena itu belayar pada kelajuan 22.6 knot dengan kapasiti mengangkut nominal sebanyak 23,992 TEU.



Kapal kontena Ever Ace berada dalam kelas  24,000 TEU atau unit bersamaan kontena 20 kaki yang pertama untuk Evergreen Line dan kapal jenis A dengan ukuran panjang hampir 400 meter dan lebar 61.5 meter.

BACA>>McGregor tayang kapal layar supercar Lamborghini (4000hp), harga RM15 juta

Kapal mega tersebut sedang dalam perjalanan pertama bagi perkhidmatan laluan China-Eropah-Mediterranean Evergreen yang mana sebelum ini singgah di Colombo, Sri Lanka dan destinasi seterusnya adalah Kaohsiung, Taiwan.

Pengerusi  PTP merangkap Pengarah Urusan  MMC Corporation Bhd, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata kehadiran Ever Ace di PTP memaparkan keyakinan kukuh syarikat pengendali kapal terhadap keupayaan pelabuhan berkenaan serta komitmennya memenuhi keperluan pelanggan.

“Biarpun industri pelabuhan global berdepan  pandemik  Covid-19 serta pelbagai cabaran dan isu yang secara langsung menyebabkan ketidaktentuan jumlah kendalian kontena, PTP sebaliknya mencatat prestasi yang memberangsangkan.

“Ini termasuk terus merekodkan pertumbuhan organik yang menjadikannya berada dalam kelompok 15 pelabuhan teratas dunia,” katanya. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here