Apabila menunggang motosikal melalui jalan bukit tinggi seharusnya rider sudah mengambil lajak lebih jauh dan mula memulas terotel lebih kencang dari bawah untuk mendapatkan momentum.
Namun, lain pula bagi penunggang Honda CB150R menerusi video yang dikongsi akaun Instagram @agoez_bandz4 ini yang menunjukkan dia begitu santai mendaki bukit sehingga terkandas di pertengahan.
Bagaimanapun video berkenaan menjadi perhatian bukan kerana motosikal tersebut yang gagal mendaki bukit namun apa yang terjadi kepada pembonceng selepas motor berkenaan mengundur.
BACA>>Polis: Mitos ekzos bising boleh buat motor power
Mungkin panik tidak dapat mengawal jentera, dalam keadaan mengundur pembonceng wanita berkenaan turun dari motor menyelamatkan diri. Lalu insiden nahaspun terjadi.
Wanita tersebut yang tidak dapat mengawal diri tersungkur lalu terjatuh dan berguling ke dalam semak. Mungkin penunggang motor tersebut masih baru dengan motor klac sehinggakan tidak sempat menukar gear ketika tiba di pertengahan bukit.
Menurut salah seorang netizen menjelaskan penunggang tersebut kekal menggunakan gear tiga atau dua yang mana seharusnya dia memilih gear satu kerana putaran enjin bawah CB lebih besar.
BACA>>[Video] Terpaksa turun motor di lampu merah, orang rendah saja faham situasi brother ini!
View this post on Instagram
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar