Ford Ranger generasi baharu dikesan sedang menjalani ujian enduran di Thailand dan imej intip yang dikongsi menerusi Grup Facebook Ford Ranger Club Thailand itu lebih jelas dan dirakamkan pada jarak dekat.
Empat keping gambar yang dikongsi oleh pemilik akaun Facebook BigBig Jaruwat itu menunjukkan tiga buah Ford Ranger diparkir di sebuah lokasi awam yang dipercayai hentian rehat.
Pada imej tersebut terlihat Mat Salleh yang berkemungkinan bertanggungjawab melakukan ujian enduran berkenaan di Thailand dan dipercayai pihak teknikal Ford.
Seluruh badan Ford Ranger ditutupi kamouflaj celoreng biru, putih dan hitam manakala pada bahagian tepi kargo tertera tulisan #NextGenRanger.
BACA>>Bapa biarkan anak umur 10 tahun pandu trak, siap rakam lagi!
Penampilan depan Ranger berubah total lebih agresif dengan bentuk lampu utama baharu yang berbentuk segi empat disusun menegak bersama lampu nyala siang (DRL) LED berbentuk-C serta lampu kabus dengan perumah krom.
Gril depan lebih lebar dan besar yang diambil dari F-150 yang kemudian dipadankan dengan palang pada bahagian tengah merentasi logo Ford. Trak pikap berkenaan menggunakan dua rekaan rim yang berbeza salah satunya enam jejari.
Jika diperhatikan, imej intip Ranger berkenaan sama dengan model Ford Ranger yang dipaparkan dalam video teaser sebelum ini. Bagaimanapun, perincian tentang kabin dan barisan enjin masih lagi disimpan rapi.
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar