Baru-baru ini, timbul khabar angin bahawa Petronas dan Mercedes akan menamatkan kerjasama pada penghujung musim ini di Kejuaraan Formula Satu (F1).
Khabar angin tersebut dikukuhkan lagi dengan tindakan Petronas sebelum ini yang menamatkan tajaan bersama pasukan Sepang Racing Team (SRT) musim depan.
Namun, Mercedes mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menafikan dakwaan tersebut. Kerjasama antara Petronas dan Mercedes, telah terjalin sejak 2010 dan meraih banyak kejayaan antaranya gelaran juara tujuh kali dalam kategori pengeluar.
“Petronas dan Mercedes menjalinkan kerjasama jangka panjang sejak 2010 sekali gus menguntungkan kedua-dua belah pihak.
“Tahun lalu, kami menyambung kerjasama ini untuk tempoh beberapa tahun, malah kami bangga meneruskan kerjasama ini untuk memberikan prestasi terbaik,” kata Mercedes.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak iaitu Mercedes dan Petronas menafikan khabar angin berkenaan yang dianggap tidak berasas sama sekali.
BACA>>F1: Petronas bakal tamatkan kerjasama tajaan dengan pasukan F1 Mercedes musim ini
BACA>>Lewis Hamilton pecah rekod raih kemenangan ke-100
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar