Honda Civic Si (2022) V-TEC 1.5 turbo lancar di AS

1402

Honda memperkenalkan Civic Si dalam versi sedan empat pintu untuk pasaran Amerika Syarikat. Honda Civic Si atau Honda Civic (2022) merupakan generasi ke-11. 

ENJIN

Sedan berkenaan dilengkapi enjin V-TEC 1.5 liter turbo yang menghasilkan kuasa 200hp  @ 6000rpm dan tork 260Nm @ 1,800-5,000rpm. Kuasa dihantar melalui transmisi 6-kelajuan manual. Tukaran gear kini 10 peratus lebih pendek berbanding sebelumnya.  



PENGENDALIAN

Honda menggunakan flywheel single mass baharu yang mana 26 peratus lebih ringan berbanding flywheel double mass pada Civic Si dan pengurangan inersia sebanyak 30 peratus.

Ini menyumbang kepada lekuk kuasa lebih besar, respons terotel lebih pantas dan pemanduan sporty. Selain itu, naik taraf pengendalian disumbangkan oleh peningkatan ketegaran lentur sebanyak 13 peratus, ketegaran torsi ( 8 peratus), kekerasan spring depan (8 peratus), spring belakang (54 peratus) dan trek belakang 12.7mm bagi tambahan stabiliti. 

Civic Si menggunakan brek lebih besar berbanding Civic sedan standard dengan ukuran 312mm (depan) dan 282mm (belakang). 

Untuk kali pertama di dalam siri Civic Si, model terbaru ini menggunakan sistem pemadaman rev sama seperti Civic Type R. Dilengkapi dengan tiga mod pemanduan iaitu Normal dan Sport, dan Individual yang membolehkan pemandu memilih sendiri respons enjin, tahap kuasa stereng dan warna paparan meter.

REKA BENTUK

Dari penampilan keseluruhan Civic Si kelihatan sporty dengan tawaran:

  • Rim 10 jejari bersaiz 18-inci dengan balutan saiz tayar 235/40 
  • Gril baharu honeycomb mesh
  • Bampar depan/belakang direka semula dengan dua ekzos besar bentuk oval dan spoiler hud 
  • Kemasan hitam pada perumah cermin dan bingkai tingkap sisi
  • Warna badan eksklusif  Blazing Orange Pearl 

Sementara kabin masih kelihatan sama dengan Civic standard dengan beberapa perincian:

  • Pedal sport
  • Jahitan benang merah pada stereng, pintu, perehat tangan tengah, tombol gear 
  • Kemasan merah pada panel papan pemuka honeycomb 
  • Kerusi depan dengan perehat kepala, bahu dan peha bawah sisi 
  • Kusyen bawah yang dinaikkan di depan untuk sokongan peha lebih baik
  • Skrin sentuh 9-inci dengan sambungan  Apple CarPlay dan Android Auto
  • Sistem bunyi Bose 12-pembesar suara

GALERI

 

BACA>>Imej Honda Supra GTR Facelift (2022) bocor?

BACA>>Ini imej rasmi Honda Civic 2022! Apa yang berubah berbanding versi prototaip?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here