Vios Challenge ditonton hingga 2 juta orang secara talian, Shukri Yahaya muncul juara kategori Promotional

1147

Malaysia masih lagi belum berada di fasa endemik dan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 beberapa sukan pemotoran masih lagi tidak dibenarkan dihadiri penonton.

Justeru itu, acara perlumbaan Vios Challenge hujung minggu lalu dianjurkan secara langsung menerusi laman web rasmi Toyota dan laman sosial Facebook. Walaupun begitu acara berkenaan mendapat sambutan hangat dengan jumlah tontonan seramai dua juta.



Keadaan hujan sejak perlumbaan pertama membuatkan ramai penonton teruja. Permukaan litar licin dan jarak pandangan terhad menyebabkan beberapa insiden kemalangan.  

BACA>>Pokok pisang bongkar rahsia pemandu Toyota Vios

Terdapat empat kelas perlumbaan berlangsung yang mana Kelas Super Sporting menyaksikan pelumba pasukan M7 Japan, Syafiq Ali menguasai perlumbaan dan diekori rapat oleh rakan sepasukan, Faidzil Alang. 

Dalam kelas berkenaan Mitchell Cheah dari pasuakan 23 Motors menduduki tangga pertama diikuti Mark Darwin (Laser Motor Racing) dan Syafiq Ali. 

Dalam kelas Sporting pula Ady Rahimy dari pasukan 23 Motors memulakan perlumbaan tanpa saingan sengit. Dia mendahului 20 pusingan dengan mudah dan menamatkan perlumbaan di tangga pertama.

Bagaimanapun pertempuran sengit antara posisi kedua dan ketiga begitu menyaksikan Bradley Benedict Anthony dari Dream Chaser menamatkan perlumbaan di tempat kedua 0.6 saat di depan Clement Yeo di tangga ketiga.

Sementara, kategori Promotional yang melibatkan selebriti menyaksikan Shukri Yahaya muncul juara diikuti Nabil Ahmad di tangga kedua dan Nabila Razali di tempat ketiga.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here