Dalam keadaan pandemik, produksi kereta tergendala disebabkan oleh kekurangan bekalan namun siapa sangka pelanggan Australia berdepan dengan masalah lain pula.
Bagaimanapun punca masalah bukan disebabkan komponen tetapi serangga marmar coklat yang berbau busuk. Haiwan perosak itu menyebabkan ketibaan kereta dari kapal kontena ke pelabuhan Australia terpaksa ditangguhkan.
Kapal kontena tersebut perlu melalui proses mewasap. Serangga marmar itu tidak dibenarkan masuk ke negara berkenaan kerana peraturan biokeselamatan yang diperketatkan dari bulan September hingga April, pada waktu serangga tersebut cenderung menumpang kapal yang memasuki pelabuhan negara.
BACA>>Chevrolet Silverado berjaya diangkat setelah 2 tahun tenggelam di dasar laut
Peraturan lebih ketat itu melibatkan kapal dari Amerika Syarikat, Eropah dan Asia yang mana sering ditumpang dan lokasi pengeluaran kereta terbanyak dunia.
Ketua Jabatan Biokeselamatan Pertanian, Air dan Alam Sekitar Persekutuan, Andrew Tongue menyatakan serangga itu memberi kesan kemusnahan kepada pertanian Australia jika dibenarkan masuk ke dalam negara.
“Mereka secara oportunis menggunakan kargo dan menumpang kenderaan yang dibawa bagi merentasi benua dan lautan.
“Ia boleh menumpang, terbang, dan makan berbagai macam tanaman dan membiak dengan pantas apabila berada di kawasan baharu,” jelasnya.
BACA>>Mardi Gras, kapal persiaran yang pertama dilengkapi roller coaster
Serangga ini dapat menyembunyikan diri secara senyap di bangunan dan peralatan selama berbulan-bulan sebelum muncul ketika cuaca panas.
Walaupun biokeselamatan sedemikian bukanlah perkara baharu bagi Australia, kelewatan yang disebabkan oleh proses meracun boleh memanjangkan tempoh penghantaran kenderaan selama berminggu.
Dengan kekurangan kekurangan bekalan cip semikonduktor, kedatangan serangga busuk itu adalah satu lagi kelewatan yang tidak diingini bagi pengeluar dan pembeli kenderaan.