Land Rover Defender 110 dilancarkan dipasaran tempatan harga bermula RM798,800

1101

Model ikonik baharu, Land Rover Defender 110 akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia di Pusat Automotif Sime Darby di Ara Damansara.

Sempena sambutan ulang tahun kerjasama Sime Darby dan Land Rover yang ke-40, pemilik Defender yang mendaftarkan kenderaannya tahun ini bakal menerima cenderahati berupa jam tangan bernilai RM2,288.



Model tersebut dilengkapi inovasi terkini dan pelbagai aspek peningkatan serta masih mengekalkan imejnya sebagai ken­deraan Land Rover paling kukuh.

Defender 110 menawarkan kelainan kepada para peminatnya dengan pengalaman pemanduan lebih mencabar, yang hadir dengan dua pilihan tren kuasa 2.0L Ingenium empat-silinder dan 3.0L Mild Hybrid Electric Vehicle (MHEV), enam-silinder. 

Defender 2.0L 300 PS menggunakan enjin 2.0 liter Ingenium menghasilkan kuasa maksimum 300 PS pada 5,500 rpm dan mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 8.1 saat.

Defender 3.0L 400 PS MHEV pula menggunakan enjin berkapasiti 2,996cc dan menghasilkan kuasa maksimum 400 PS pada 5,500 rpm mampu memecut lebih laju iaitu cuma dalam masa 6.1 saat.

Untuk makluman anda, model generasi baharu ini didatangkan dengan kerangka yang agak serba baharu manakala reka bentuk badan D7X dibina berasaskan struktur monokok aluminium ringan.

Model yang ditawarkan dengan dua pilihan varian iaitu 2.0L 300 PS dan 3.0L 400PS MHEV itu dijual pada harga permulaan RM798,800 sehingga RM998,800.

BACA>> Land Rover keluarkan 300 unit Defender V8 Bond Edition, harga mula RM604k

BACA>>Lexus ES250 dilancarkan dengan tiga pilihan, Premium, Luxury dan F Sport baru, harga dari RM296k

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here