Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan pendaftaran bidaan nombor pendaftaran AMD bermula hari ini sehingga 29 Oktober (Jumaat).
Mungkin bagi sesetengah orang AMD tidak membawa sebarang maksud bagaimanapun peminat teknologi mungkin tahu tentang jenama pengeluar cip popular, AMD tersebut.
Untuk makluman, plat huruf A adalah keluaran JPJ Negeri Perak. Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talian JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 30 Oktober ini.
Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit yang dikeluarkan bank tempatan. Sekiranya bidaan anda berjaya perlu mendaftarkan nombor plat tersebut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar