Singapura lancar skuter elektrik pertama, harga RM40k

1326

Kenderaan elektrik Singapura pertama yang dinamakan Scorpio Electric, mendedahkan model prototaip X menerusi platform Facebook.

Model X1 direka bagi meningkatkan mobiliti urban, ketersambungan pintar menerusi aplikasi telefon bagi meningkatkan keselamatan di samping kecekapan dan keselesaan. 



Tempahan awal skuter elektrik pemasangan tempatan itu sudah dibuka dengan bayaran pendahuluan AS1,000(RM4,150), manakala harga penuh AS9,800 (RM40,680).

BACA>>Honda Baiku skuter elektrik satu roda masa depan

Motor elektrik berkenaan mampu bergerak sejauh 200kmj dengan sekali cas dan kelajuan maksimum 105kmj. 

Antara ciri peralatan yang ditawarkan adalah lampu depan LED yang digabungkan dengan lampu belakang lebih slim dan panjang. Skuter berkenaan boleh dihidupkan mahupun dikunci dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Selain itu, trenkuasa elektrik dipasangkan dalam swingarm sebelah yang menghubungkan hab roda belakang. Buat masa ini, skuter berkenaan perlu dicas di kemudahan awam dan pek bateri adalah jenis binaan dalam. 

BACA>>[Video] Hidupkan motor guna kick starter, lain pula yang ditendang

Ketua Pegawai Eksekutif Scorpio Electric, Melvin Goh menjelaskan pengangkutan elektrik adalah masa depan dan mereka percaya  boleh membuat perubahan dengan memulakan era baharu pengangkutan yang lebih bersih dan cekap. 

GALERI
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here