Maserati bakal melakukan tayangan perdana bagi SUV keduanya pada 16 November depan, bagaimanapun terpaksa di tangguhkan ke musim bunga 2022 kerana masalah bekalan beberapa komponen utama.
Lebih menyedihkan, belum sempat debut SUV berkenaan mengalami kemalangan ketika sesi pandu uji di Piazza Polonia di Turin, Itali.
Bahkan imej berkenaan tular selepas di muat naik salah seorang pengguna Instagram @wilcoblok yang menunjukkan SUV tersebut merempuh sebuah tiang elektrik. Namun dilaporkan tiada yang mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.
BACA>>Maserati terima anugerah Product Design of the Year (2021)
View this post on Instagram
Maserati Grecale memainkan peranan penting dalam transformasi jenama Maserati dan SUV itu menawarkan pemanduan dinamik menerusi pilihan varian petrol, hibrid, serta elektrik.
Selain itu, SUV mewah tersebut menggabungkan kabin premium dengan penampilan menarik dan sporty.
BACA>>Maserati dedah teaser SUV kedua, bakal lancar 16 November depan
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar