Pengsan ketika memandu, Toyota Hilux terbabas laluan bertentangan langgar Alza

2161

seorang pemandu Toyota Hilux, merempuh sebuah kenderaan lain dan beberapa gerai di Taman Jenaris, Kajang, semalam. 

 

Pemandu lelaki berusia 39 tahun itu dilihat memandu melawan arus sebelum terbabas ke kanan dan melanggar sebuah gerai jualan di depan premis rumah kedai.



Disebabkan kejadian tersebut Perodua Alza mengalami kerosakan di beberapa bahagian depan termasuk bampar bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

“Siasatan mendapati pemandu itu pengsan ketika memandu kerana tidak makan dan apabila sedarkan diri, dia panik sehingga berlakunya kemalangan,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid.

Ujian air kencing mengesahkan pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika itu dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).

BACA>>Tali pinggang keledar dan beg udara selamatkan hentakan ke papan pemuka, krew produksi kongsi detik kemalangan

VIDEO

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here