Teksi Vios jadi traktor bajak sawah, petani boleh dengar radio dan guna AC

3386

Seorang penggiat automotif, Bapak Mustofa Kepala Jenggot menjadi sorotan di Indonesia apabila dia mengubahsuai Toyota Vios menjadi traktor membajak sawah.

Dikenali menerusi akaun YouTube BAPAK MUSTOFA KEPALA JENGGOT, proses kustom berkenaan melibatkan para petani di Desa Prigi, Jawa Tengah, Indonesia.

 



“Sekarang saya bereksperimen membuat traktor pembajak sawah dari mobil Vios. Kerana kelmarin waktu musim hujan, salah satu traktor tetangga saya itu rosak. Jadi saya suruh beli online, ternyata harganya Rp28 juta lebih. 

“Saya pikir-pikir kok lebih mahalan traktor asli daripada mobil. Padahal mobil teksi terpakai Vios tahun 2008-2009 cuma Rp30 juta. Tapi kalau tahun 2005 dalam 25 jutaan. Bisa dapat AC, dengarin radio,” katanya. 

Memikirkan pendekatan tersebut lebih menjimatkan, maka Mustofa mengambil inisiatif menjadikan kereta teksi Vios terpakai sebagai mesin bajak. 

Dia memindahkan roda besi besar traktor ke bahagian belakang Vios sementara tayar depan Vios digantikan dengan beberapa gerigi. Walaupun tidak menyebut jumlah pelaburan modifikasi, Mustofa menyatakan masih terjangkau. 

BACA>>Sudah bawa pulang kereta dari luar negara? Ini cara pengiraan cukai kastam untuk mendaftar

MASIH EKSPERIMEN

Tambahnya, menggunakan kereta penumpang itu petani boleh duduk santai dalam kabin dengan menghidupkan pendingin hawa sambil mendengar radio berbanding menggunakan traktor standard.

“Siapa tahu dengan adanya traktor kayak begini, anak-anak muda jadi suka ke sawah. Sekarangkan mereka tak mahu turun bertani mungkin tidak menarik bagi mereka,” ujar Mustofa.

Proses pengubahsuaian itu masih lagi di peringkat eksperimen, justeru itu ada lagi beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

“Eksperimen yang pertama ini belum sempurna di roda depan, bila jalan di kawasan tanah mobil lancar saja namun sebaik masuk laluan berlumpur bahagian depan tergelincir dan tenggelam. Jadi anda perlu mencari formula baru yang betul.

“Jadinya, bahagian depan mau diperbaiki seperti tayar belakang,” tambahnya.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here