Bajet 2022: Pengecualian duti bagi kenderaan elektrik

746

Bagi menyokong pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan, kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan kenderaan EV.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan melihat potensi yang memiliki ciri-ciri kenderan cekap tenaga sebagai usaha meminimum pencemaran asap kenderaan ke udara.

Beliau berkata, pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus diberikan kepada kenderaan berkenaan.



Tambahnya, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here