Vitpilen 401 sebuah Cafe Racer Unik dan laju,adakah benar? Sudilah baca hasil tunggang uji yang Motoqar lakukan selama beberapa hari.
Husqvarna satu jenama tersohor dengan perlumbaan off road telah melebarkan sayap dengan kemunculan Cafe Racer Vitpilen 401 di jalanraya.
WELLY WORLD CYCLE@HUSQVARNA SHOWROOM,Sg Buloh merupakan pengedar motosikal Husqvarna Wilayah Tengah.
Vitpilen 401 telah dilancarkan pada awal tahun 2021.Lantaran kerana pandemik Covid-19,maka sesi tunggang uji tertangguh sekian lama.
Motoqar berpeluang menunggang uji Cafe Racer Vitpilen 401 baru-baru ini.
Husqvarna Vitpilen 401 versi cafe racer dengan bentuk yang unik. Enjin bersesaran 373cc,silinder tunggal 44hp/37Nm dan digerakkan oleh transmisi 6 kelajuan.
Kerangka badan jenis Trellis.Sementara suspensi dibekalkan jenis WP Apex 43mm di depan serta boleh dilaras dan suspensi belakang dikekalkan jenis WP Apex 150mm.
Kaliper brek jenama ByBre dipadankan di depan dan belakang serta terdapat ABS jenama Bosch bagi memberikan keberkesanan sistem brek.
Bahan api(minyak) kapasiti maksimum 9.5 liter. Model ini boleh dikategorikan ‘Mesra Asia.’Ini kerana ketingian pelana(seat) ialah 835mm.
Motosikal ini berkategori rendah jika dibandingkan dengan model-model Eropah lain dimana majoritinya tinggi melangit.
Sekilas pandang terpancar gaya ekslusif pada Vitpilen 401.Awal mula pendikit dipulas,keseronokan mulai terasa.Lontaran kuasa yang di luahkan cukup teruja.
Penukaran gear ke gear seolah-olah menunggang sebuah superbike.Jelas quickshifter yang terhidang beperanan jimatkan masa dari pengunaan klac.
Macam tak percaya dengan karekter motosikal ini. Pertama kali melihatkan pada hendal bar,di minda terdetik perkataan lenguh dan membongkok.Itu hanya tanggapan.
Menunggang Vitpilen 401 menyelusuri bandar, kami dapati begitu banyak mata memandang.Soalan bertali arus setiap kali berhenti di mana saja.
Persoalannya adakah berita tentang kemunculannya di negara kita tidak kesampaian kepada orang ramai?
Jelas rupabentuk Vitpilen 401 menjadi tarikan.Pelbagai soalan rutin kami terima sewaktu menunggang uji jentera ini.Harga,alat ganti,penggunaan bahan bakar dan pengedar.
Tidak dinafi menyelusuri kesesakan trafik agak meletihkan dengan kedudukan hendal bar yang membongkok.Namun disebalik keletihan ada keseronokannya.
Anda tidak akan menghadapi sebarang masaalah sewaktu mencelah barisan kenderaan.Manakan tidak,bentuknya yang agak ‘Slim’ memudahkan kawalan.
Ujian dilakukan berlegar di sekitar bandaraya dan pinggir kota.ini kerana arahan merentas negeri masih belum dibenarkan.
Peringkat seterusnya kami lakukan ujian dilebuhraya.Ujian ini khusus untuk pecutan.
Ternyata bentuk badan Slim,hendal bar yang membongkok memberi pulangan lumayan sewaktu memecut. Tidak sedikit pun terasa goyang mahupun gangguan pengendalian.
Tiada getaran,malah keseronokan dan kepuasan menjelma dengan lontaran kuasa enjin dari Vitpilen 401.
160km/j itu pecutan maksima yang saya lakukan dalam misi mencari kesilapan jentera ini sewaktu pecutan. Namun tanggapan saya silap.
Vitpilen 401 tidak mengecewakan sewaktu memecut.
Jarak antara kedua roda depan dan belakang boleh dikategorikan pendek.
Mod Supermoto yang diadunkan serentak adalah teknoloji yang mampu memberikan kepuasan menunggang jentera ini.
Setiap motosikal ada kelemahan tersendiri.Bezanya adakah isu tersebut memberi masaalah atau pun sebaliknya kepada penunggang.
Begitu juga dengan Husqvana Vitpilen 401.Agak sedikit kecewa bila melihatkan meter LCD Monokrom. Paparan instrumen agak tidak jelas.
Terlalu sukar untuk saya mentelaah perkara asas, seperti bacaan pengunaan minyak dan suhu.
Kesimpulannya, bagi mereka yang berminat dengan versi Cafe Racer, tidak rugi memiliki motosikal ini.Kenikmatan akan muncul setelah Anda menguasai motosikal ini.
Husqvarna Vitpilen 401 adalah motosikal Cafe Racer Sports kelas pertengahan bersesuaian dengan harga yang ditawarkan iairu RM29,800(tidak termasuk cukai jalan dan insuran).
Bagi peminat Cafe Racer luangkan masa untuk kunjungi WELLY WORLDCYCLE@HUSQVARNA SHOWROOM di Sg Buloh bagi mendapat maklumat lanjut.