Pemandu nyaris langgar penunggang basikal seberang jalan mengejut, netizenpun sama geram..

1295

Aktiviti berbasikal semakin popular dalam kalangan rakyat tempatan bagaimanapun tindakan sebilangan daripada mereka yang ambil mudah tentang keselamatan diri sering kali menimbulkan kemarahan pengguna lain.

Sepertimana kejadian yang tular baru-baru ini, memaparkan seorang penunggang basikal nyaris dilanggar sebuah kereta apabila ingin menyeberang ke lorong paling kiri secara tiba-tiba dalam keadaan gelap.



BACA>>Denda hingga RM5,000 atau penjara 12 bulan, kayuh basikal di lebuh raya

Rakaman video kamera papan pemuka itu menunjukkan penunggang basikal tersebut menukar laluan tanpa memastikan dahulu keadaan lalu lintas terlebih dahulu bahkan tidak memasang lampu pada basikal. 

Rata rata meninggalkan pelbagai komen, ada menyifatkan tindakan lelaki tersebut seolah- olah masih belum memahami garis panduan keselamatan menunggang basikal dengan betul.

BACA>>[Video] Kayuh basikal tengah lebuh raya waktu puncak undang marah netizen

“Tindakan lelaki berkenaan bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah telah memburukkan imej berbasikal.”

“Berbasikal tak salah tapi banyak orang salah pada tempatnya. Jalan raya macam itu bukan tempat main basikal, sangatlah bahaya sayangilah nyawa anda.” 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here