Tol RFID dengan pengecaman kamera nombor plat dan Sistem AI mula operasi di Pulau Pinang

1284

Plus Malaysia Berhad (PLUS) menamatkan tempoh ujian awam sistem pembayaran tol Radio Frequency Identification (RFID) dengan mengaktifkan secara langsung laluan bayaran di sepanjang Hutan Kampung, Kedah hingga Sungai Dua, Pulau Pinang bermula semalam.

Tempoh ujian awam RFID tersebut mula dijalankan sejak Julai tahun lalu dan pelaksanaan berkenaan merupakan inisiatif ke arah pengalaman tol tanpa palang dan lorong aliran bebas berbilang (MLFF) pada masa depan. 



Sistem RFID menggunakan sistem Pengecaman Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR) yang membolehkan pengguna melalui lorong pada kelajuan 30kmj berbanding 20kmj di lorong SmartTAG.

RFID juga didatangkan dengan Pusat Pengesahan Tol (TVC) dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (machine learning).

BACA>>Suami isteri beli kereta curi saman cuai pusat jualan kereta terpakai online dan bank

Ia dilengkapi dengan kamera resolusi tinggi untuk kedua-dua lorong masuk dan keluar yang membolehkan kelancaran laluan tol.

Sistem ANPR dan TVC akan dapat mengesan, menganalisis dan menyelesaikan isu pelanggan RFID yang biasa berlaku secara automatik di bahagian sistem tanpa mengganggu pengalaman perjalanan di lorong.

Untuk mencapai pengalaman MLFF, pengecaman nombor plat adalah penting untuk menangkap gambaran nombor plat kenderaan yang tidak menggunakan RFID.

Ini mungkin satu cabaran untuk mengenali kenderaan yang menggunakan nombor plat tidak standard dan sesetengahnya sukar untuk ditafsirkan oleh manusia.

Selain itu, pembayaran juga boleh ditolak terus daripada akaun eWallet Touch ‘n Go selain pengguna juga boleh membuat tambah nilai secara automatik pada eWallet untuk mengekalkan baki yang cukup pada setiap masa.

Harga bagi tag RFID hanyalah pada kadar RM35 dan anda boleh memesan kit kelengkapan diri secara dalam talian.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here