BSH lancar supermoped RS-X (2021), harga RM8k

3058

Boon Siew Honda memperkenalkan moped yang sekian lama dinantikan RS-X (2021) yang mana model itu dikenali sebagai Winner X di negara jiran. 

Didatangkan dengan tiga pilihan warna merah, biru dan kuning, harga Honda RS-X adalah RM8,688 (tidak termasuk insurans dan caj pendaftaran).

Moped tersebut dijana oleh enjin 149.16cc DOHC penyejukan cecair silinder tunggal PGM-FI yang menghasilkan kuasa 15.8hp @9,000rpm dan tork maksimum 13.6Nm @7,000 rpm bersama transmisi 6-kelajuan.



BACA>>Lelaki Vietnam ini mahu tolak Super Cub 82 pada harga RM93k, dah boleh beli CB1000R sebiji!

Lampu depan RS-X diletakkan pada dada depan yang kemudian dipadankan dengan signal dan lampu belakang dengan ciri LED.

Paparan meter digital penuh memaparkan pelbagai maklumat tunggangan misalnya meter kelajuan, rpm, gear, baki minyak dan lain-lain.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi teleskopik (depan) dan monoshock (belakang) bersama brek cakera tunggal pada kedua-dua rim bersaiz 17-inci.

Jentera seberat 122kg itu didatangkan dengan jarak roda 1,278mm dan tinggi pelana (795mm) bersama saiz tangki minyak 4.5 liter.  Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pula ditawarkan standard. 

Pihak BSH menawarkan jaminan dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana-mana tiba dulu).

 
GALERI
 
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here