Tunjuk samseng, penunggang motosikal tendang cermin sisi Perodua Myvi

3986

Menerusi sebuah rakaman video papan pemuka (dashcam) memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal yang tidak bertolak ansur apabila menendang cermin sisi sebuah Perodua Myvi.

Rakaman 7-saat itu menunjukkan Perodua Myvi tersebut tidak melakukan kesalahan yang mana dia memberikan signal lebih awal dan menukar lorong kanan secara perlahan bukannya melulu. 



Namun, tindakan penunggang motosikal yang datang dari belakang secara laju membunyikan hon seolah memberi amaran agar memberi laluan kepada mereka  dan salah seorang penunggang tersebut bertindak di luar batas. 

BACA>>Abang askar tunggang skuter ‘Hello Kitty’, jadi sensasi di TikTok

Dia menendang cermin sisi kereta Myvi tersebut, bagaimanapun lokasi kejadian tidak diketahui.

Video tersebut dimuat naik di akaun Twitter @mhadnan765 yang mana rata-rata netizen mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut meskipun pemandu Myvi dengan jelas memberi lampu isyarat terlebih awal.

BACA>>Rebut parkir dengan Toyota Prius, pemilik Nissan Kicks beri penjelasan rupany

“Aku nampak kereta itu cuba tukar lorong dengan berhemah. Penunggang motosikal sepatutnya menunggang secara perlahan, bukan makin laju sebaik sahaja nampak kenderaan di depan mahu menukar lorong.”

“Tak faham kenapa dia sepak cermin sisi? Dah elok pemandu bagi ‘signal’, dan tukar lorong tapi tetap juga ‘rider-rider’ nak bawa laju.”

“Susah kalau penunggang motosikal rasa jalan raya milik mereka seorang. Hidup di bandar, jalan sesak sepatutnya kena.”

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here