Kesalahan dengan melanggar lampu merah melibatkan penunggang p-hailing (perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan) sering kali dilaporkan di media sosial.
BACA>>Gelojoh menyelit, rider langgar anggota trafik jaga lalu lintas
Menurut rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, rider p-hailing mencatatkan kes tertinggi melakukan kesalahan tersebut. Daripada 236 penunggang motosikal yang dikesan melakukan kesalahan itu, seramai 118 individu adalah penunggang p-hailing.
Kerja penghantaran makanan ini bukanlah mudah serta berisiko. Ini kerana, mereka perlu menghantar makanan dengan kadar segera dan mengejar masa untuk tiba ke lokasi pelanggan sebelum mengambil pesanan seterusnya.
BACA>>Tunjuk samseng, penunggang motosikal tendang cermin sisi Perodua Myvi
Secara keseluruhannya sebanyak 537 kesalahan telah direkodkan membabitkan penunggang motosikal di negeri tersebut sepanjang Ops Merah yang dijalankan.
“Kebanyakan penunggang p-hailing memang nak cepat, jadi mereka selalu akan memecut laju untuk kejar trip.
“Tindakan mereka ini akan meningkatkan risiko kemalangan bukan sahaja terhadap diri sendiri malah pengguna jalan raya lain,” kata Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar