#TunggangUji: Suzuki GSX-S750 tawar tunggangan santai dengan teknologi terkini

2333

Suzuki GSX-S750 (2021) merupakan antara enam model baharu yang dilancarkan Suzuki Malaysia ke pasaran tempatan.

Naked tersebut didatangkan dengan teknologi moden dan kini sudah lebih daripada 50 tahun di pasaran tempatan walaupun terpaksa bersaing dengan pelbagai produk lain dengan teknologi lebih terkini. 



Baru-baru ini, penulis berpeluang menunggang uji jentera tersebut selama empat hari. Walaupun dikategorikan sebagai motosikal naked namun pandangan penulis berubah apabila menguji GSX-S750 tersebut. 

Persoalan yang bermain di fikiran ketika itu, adakah ini naked atau sport touring?.  

Gaya tunggangan, pengendalian, kedudukan bar hendal dan hantaran kuasa yang dihasilkan adalah berbeza secara lazimnya.  Ini menjelaskan GSX-S750 bukanlah naked bike sepenuhnya.

BACA>>Suzuki Malaysia perkenal bukan satu namun enam jentera baharu, harga mula RM37k

ENJIN BREK KURANG RESPONSIF 

Sepanjang tunggangan penulis kurang selesa dengan brek enjin yang dihasilkan GXS-S750, ketika tukaran gear tinggi ke gear rendah. Penulis dapati Suzuki masih kekalkan rentak yang lama.

Respon yang dihasilkan agak lemah dan ‘engine breaking’ yang dihasilkan nyata tidak membantu memperlahankan motosikal.

Selain itu, Kawalan Traksi yang mengawal cengkaman tayar belakang boleh dikawal menerusi mod 1,2 dan 3. Namun, tukaran mod tidak dapat dilakukan pada kelajuan melebihi 100kmj.

BACA>>Suzuki Malaysia bakal lancar motor sesaran kecil awal suku 2022 termasuk Belang

Sebenarnya penulis kurang selesa dengan tetapan sedemikian bagaimanapun itu mungkin atas sebab keselamatan. 

Sementara, keselesaan tunggangan dibekalkan oleh fork terbalik (USD) di depan dan suspensi belakang tunggal yang menyerap jalan tidak rata dan beralun dengan baik.

Manakala sistem brek cakera bersama Sistem Brek Anti Kunci (ABS) memberi keyakinan membrek secara mendadak mahupun ketika ingin memperlahankan motor. 

TAK RUGI BELI

Suzuki GSX-S750 ditawarkan dengan tayar bersaiz  120/70/R17 (depan) dan 180/55/R17 (belakang) bersama tinggi pelana 820mm dan beratnya jentera 213kg.

Naked bike itu dibekalkan dengan enjin 749cc penyejukkan cecair, DOHC yang menghasilkan kuasa 114PS @ 10,500rpm dan tork puncak 81Nm @ 9,000rpm. 

Sepanjang tunggangan, menurut penulis Suzuki GSX-S750 merupakan motosikal yang tidak rugi untuk dipinang pada harga RM 40,989 (tanpa cukai jalan dan insuran serta lain-lain caj).

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

2 KOMEN

  1. nak tukar tc kena lepaskan throttle.. tak ada masalah pun nak tukar tc selepas kelajuan 100kmj.. aiisshhh macam mana nak review tapi tak pandai menguasai ciri-ciri jentera ? hahahahahaha…

  2. braking enjin normal je gsxs ni.. bukan tak ada enjin braking macam model lama2.. nampak sangat caya bulat2 cakap2 rider motor suzuki tak ada enjin braking…

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here