‘Cap’ helmet Bell dijual harga RM15k, demo dok kenal barey!

3458

Pemilik akaun Facebook Miee Bundleracing memuatnaik satu hantaran jualan sebuah cap helmet jenama Bell pada harga RM15,000.

Cap berwarna kuning diraja itu dikatakan sudah tiada lagi di pasaran kerana ditamatkan pengeluaran. Apakah kelebihan dan cerita di sebalik cap berkenaan sehingga menjadikan ia begitu mahal?, tidak diketahui.



BACA>>Pemilik nak jual Yamaha 125Z (1998) RM90k, netizen kata harga tak masuk akal

Pada bahagian komen, penjual yang berasal dari Kelantan itu menjelaskan dia sudah bersedia menerima kecaman.  

Ada antara pihak netizen mendakwa harga jualan tersebut tidak masuk akal di samping sekadar teknik pemasaran ingin menaikkan jumlah pengikut selain tidak pelik kerana mendakwa harga Kelantan yang sentiasa tinggi. 

“Beli kedai ah seng motor bodo-bodo pun harga RM2, plastik pun lebih kurang sama je..pijak pun dah pecah berderai.”

“Kelantan suka pelik-pelik macam ni kan? lepas ni jual selipar jamban made in US siam pulak, 80k sepase. Orang nak nego demo nok nego, tapi po berukk.”

“Harga Kelantan padanlah kena kecam..ahahaa.”

“Demo tok kenal bare.”

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here