Takumi Motor Oil keluar minyak pelincir anime Initial D

2334

Sejak kemunculan debut pertama kira-kira sedekad lalu, Takumi Motor Oil Jepun sebenarnya tiada kaitan langsung dengan siri anime Initial D.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang jenama minyak pelincir ini. Takumi dalam bahasa Jepun membawa maksud ‘tukang’.

Bagaimanapun, baru-baru ini minyak pelincir Takumi menjalin kerjasama dengan pencipta watak anime terkenal tersebut iaitu Shuichi Shigeno.



BACA>>Gadis temui pam minyak tradisional di Dabong, Kelantan, sesuatu yang rare zaman ini

Pelancaran produk minyak pelincir untuk peminat siri anime itu menawarkan pembungkusan produk yang memaparkan watak Takumi Fujiwara bersama kereta ikonik miliknya Toyota Sprinter Trueno. 

Terdapat tiga jenis minyak pelincir yang ditawarkan iaitu:

  • 5W-30 yang  sesuai untuk kereta moden dan pemanduan urban
  • 5W-40 untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan
  • 10W-40 buat kereta turbo dengan enjin 2.0 liter ke atas

Harga jualan pula bermula daripada yen 4,900 (RM178) untuk tin empat liter atau yen16,900-18,300 (RM615-RM666) untuk bekas bersaiz 20 liter.

Pastinya kehadiran produk berkenaan akan menjadi barang koleksi buat peminat tegar Initial D. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here