
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberikan keizinan kepada orang ramai untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran mengelirukan, kabur atau fancy.
BACA>>JPJ buka bidaan nombor plat AMD bermula hari ini
Ini disebabkan terdapat kenderaan yang menggunakan nombor palsu, kabur atau fancy sehingga mengelirukan dan sukar dibaca menyebabkan banyak implikasi dan lebih serius membabitkan kes jenayah.
Menurut JPJ, semua pihak dinasihatkan mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
BACA>>JPJ: Rider p-hailing paling banyak langgar lampu isyarat sebab kejar trip
Jika didapati melanggar peraturan tersebut, pemilik kenderaan boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 dan aduan berkenaan boleh disalurkan menerusi alamat emel aduantrafik@jpj.gov.my bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar